Ahad, 24 Mei 2009

pasangan soleh dan solehah

ALLAH menjelaskan dalam al-quran surah an-Nur ayat 3 yang bermaksud," Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau pun perempuan yang musyrik dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina dan musyrik dan yang demikian itu di haramkan ke atas orang-orang yang mukmin''.Setiap suami isteri mempunyai tanggungjawab terhada pasangan masing-masing dan juga terhadap anak-anak mereka.Di antara tanggungjawab suami ialah:1- Menjadi pemimpin anak isteri di di dalam rumah tangga.2- Mengajarlan ilmu yang fardhu ain (wajib) terhadap anak isteri iaitu tauhid dan tasauf.* Ilmu tauhid diajarkan supaya akidahnya selari dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.* Ilmu fiqah diajarkan supaya ibadahnya berbetulan dengan kehendak ugama.* Ilmu tasauf diajarkan supaya dia ikhlas dalam beramal dan dapat segala amalannya dari segala kerosakan lantaran rasa ujub, riak, takabbur dan sebagainya.3- Memberi nafkah iaitu, makan. minum,pakaian. tempat tinggal dan sebagainya dari sumber yang halal.4- Tidak menzalimi anak isteri dengan:* Memberikan didikan agama yang sempurna.* Menanam dan memupuk sifat kasih sayang kepada ALLAH, Rasul, ahlibait, para sahabat dan orang-orang solleh.* Memberi nakah zahir dan bathin secukupnya* Memberi nasihat serta menegur jika melakukan kesalahan atau maksiat.* Jangan keterlaluan apabila memukul anak untuk mendidik.Di antara kelemahan seseorang lelaki ialah:* Memilih dan mengenali calon wanita untuk dijadikan isteri.* Mendidik.* Bersikap sabar* Dalam menggunakan kebijaksanaan.* Dalam menguasai diri.*Dalam memahami tuntutan ugama.Di antara fitnah yang digunakan dalam melakukan fitnah terhadap lelaki ialah:* Airmata* Mengambil hati* Mendedah aurat* Senyuman* Tipu daya* Tutur kata* GertakanMenjaga Rahsia RumahtanggaHadith :Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:” Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu.”Riwayat AhmadHuraian1. Setiap yang bergelar isteri atau suami pasti mempunyai kehidupan peribadi yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia rumah tangga yang harus dijaga dengan waspada.2. Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya. Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga. Ini dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud: "Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas ia bertaqwa kepada Allah, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang menyukakan hati dan jika ia tiada bersama ia akan memelihara nama baiknya sama ada pada dirinya atau harta suaminya." (An-Nasa'i, Ahmad & Abu Daud)

Rabu, 13 Mei 2009

HASIL LUMAYAN...HIIHIH


bru2 ni aku dpt sekor ikan keli..trlalu bnyk sngt ikan yg terlps..
xtau la apa yg silpnye...2x mata kail aku ptus..
ikan pon bkn sembrang ikan yg ptus... germ sngt2...
tp xpa...jumaat ni klu ade rzki..aku nk g lpk lg kat sna...
hihihh

Sabtu, 9 Mei 2009

ANTARA ILMU DAN HARTA

Ilmu adalah lebih baik daripada harta disebabkan oleh 9 perkara :-

1) Ilmu itu warisan anbia dan harta itu ialah warisan Qarun, Fir’aun dan Syaddad dll.

2) Ilmu itu menjaga kamu dan harta itu kamu yang menjaganya

3) Orang yang memiliki harta akan mempunyai banyak musuh, sedangkan orang yang memiliki ilmu akan mempunyai banyak teman.

4) Harta itu apabila dibelanjakan ianya akan berkurangan, ilmu pula kalau kamu amalkan maka ianya akan bertambah.

5) Pemilik harta biasanya dikenali dengan si bakhil dan hina. Pemilik ilmu akan dihormati dan disegani.

6) Pemilik harta tetap akan dihisab pada Hari Qiamat, sedangkan pemilik ilmu akan memberi syafaat pada Hari Qiamat.

7) Harta itu semakin lama dibiarkan, maka ia akan semakin usang. Ilmu pula tidak sekali-kali akan lapuk dan usang.

8) Harta itu boleh menjadikan hati seseorang itu keras. Sedangkan ilmu itu pula dapat menerangkan hati

9) Pemilik harta dikatakan sebagai pemilik dengan sebab harta. Dan orang yang berilmu pula mengaku dianya hamba Allah SWT.

- Sayyidina Ali r.a.

Dipetik dan disesuaikan kembali dari :

“Himpunan Kisah-Kisah Teladan” – Sidang NURULHAS.

Khamis, 7 Mei 2009

DETIK KEWAFATAN RASULULLAH



Hayatilah...


Utk Renungan Bersama .


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun
enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas
memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah
dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan
dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai
sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,
akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan
pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya
satu persatu.


Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali
menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya
sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua
sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan
tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal
dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah
ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang
hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang
di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang
berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani
ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?"


"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa
Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang
sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih
Allah dan penghulu dunia ini.


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para
malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang
mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana
nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih
Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar
Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah,
dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya
sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan
sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa
maa malakat aimanuku",


peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di
luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii,
ummatiii?" -


"Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang
memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma
sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya
Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran
untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai
kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Amin....

Selasa, 5 Mei 2009

JOM PANCING IKAN

berat giler

ikan kelisa

ikan kap(agaknye la hihihih)

ikan apa ek?

hobi aku mmng memancing.. mcm2 ikan dah aku dapat..
dah bnyk lubuk dah aku pegi cuma lubuk tupah ja aku xsinggah..
kang xpasai kne skodeng...hahahahaha...
ikan ni aku dpt kat tol mines...msa tu mmng ikan melimpah la...
klu tkat nk bawak 1guni tu... sng2 ja.. ikan kelisa pon aku dpt..
bg yg ade port ikan best2 sma2 la ek kite kongsi2...
mna la tau blh mengeratkan lg silaturrahim antra kite...
bt msa ni aku dah ketandusan port ikan..sbb bnyk sngt sungai ngan lombong dah tercemar...
aku tngah mngidam nk pncing kat laut.. maklom je la..kat kl ni smua batu...
ihihihihi

MEMORI KAFA( I )

ADE GAYA UST X??


tempat ke 3 zon kajang


johan nasyid zon kajang


waktu rehat cerah ja mata..huhuh

pelajar tahun 5 2009

teknik pengajaran berkesan(hihihihihhi)




kafai Integrasti Taming Jaya

ni la bdk2 aku ajar..

memory 4ever n ever...